Herba lebih mesra tubuh tanpa bahan kimia sintetik

Powered by Blogger.

Search This Blog

Jerawat Di Faraj Atau Kemaluan Wanita

Pastinya anda akan meraba-rasa kemaluan anda beberapa kali setiap hari terutama bila waktu membersih air besar atau air kecil atau masa anda menguruskan haid. Bila tiba suatu ketika sewaktu meraba dan merasa di sekitar faraj tiba-tiba anda terasa ada benjolan kecil seperti jerawat.
Panik juga dibuatnya…!!!
Anda akan membongkok untuk melihatnya. Ia kelihatan kemerahan dan nampak seperti ‘white head’ macam jerawat di muka yang telah kelihatan sudah ‘ranum’ .
Anda terasa pedih, lebih-lebih lagi kalau tergesel dengan pakaian seperti jeans. Kenapa ia boleh tumbuh di kemaluan atau faraj?Kenapa tidak ditempat lain seperti di kaki atau di tapak tangan, tempat yang mudah diurus?
Adakah jerawat di muka dan kemaluan atau faraj sama? Jerawat kecil atau bisul di kawasan faraj disegi perubatan disebut Hidradenitis Suppurativa. Adakah ia berbahaya? Jawapannya YA dan TIDAK.
YA jika timbul peradangan akut. TIDAK kerana sebenarnya jerawat pada kemaluan adalah kes lazim dialami kaum perempuan terutama apabila faraj tidak dijaga dengan baik kebersihan dan kesihatannya.
Faktor penyebab timbulnya jerawat / bisul di kemaluan atau faraj:
1. Peluh
Peluh merupakan penyebab utama/umum kemunculan jerawat di kemaluan atau faraj. Peluh di sekitar celah kelangkang akan menyebabkan bakteria tersebar di kawasan ini dan menyebabkan peradangan liang peluh dan menyebabkan pori-pori peluh tersumbat, menyebabkan peluh tidak dapat keluar yang akhirnya menyebabkan tumbuhnya bisul/ jerawat.

2. Seluar dalam yang terlalu ketat
Jika seluar dalam terlalu ketat, aliran udara disekitar kemaluan atau faraj menjadi lembab. Ia juga menyebabkan terjadinya gesekan antara fabrik seluar dalam dengan dengan kulit di kawasan kemaluan atau faraj sehingga terjadi lecet. Bakteria dibahagian yang lecet ini akan mengalami infeksi dan akhirnya menimbulkan jerawat.
3. Malas mengganti tuala wanita masa haid
Waktu kedatangan haid kemaluan atau faraj akan lebih lembab. Jika kulit yang lembab ini teriritasi dan terjadi luka terbuka dan terdedah kepada bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes maka terjadi lah bisul/jerawat. Bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes ini boleh berasal dari kulit bahagian tubuh yang lain dan tanpa sedar menyentuh kemaluan atau faraj.
4. Bulu kemaluan atau faraj yang panjang yang tumbuh ke dalam
Bulu pubis iaitu bulu kemaluan atau faraj yang tumbuh ke arah dalam kemaluan atau faraj umumnya disebabkan oleh kebiasaan mencukur atau tanpa sengaja rambut kemaluan tercabut. Ketika mencukur, berlaku alat pencukur merosakkan pori-pori bulu kemaluan atau faraj. Dan selama proses pemulihan, pori-pori tersebut menutup dan membawa serta folikel rambut. Hal inilah yang menyebabkan bengkak yang mirip jerawat.
5. Siklus hormonal
Tingkat progesteron yang tinggi yang dialami wanita menjelang menstruasi akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada tubuhnya, yang kemudian menyebabkan terjadi lemak pada pori-pori. Pori-pori ini lalu menjadi radang, menyebabkan tumbuhnya jerawat di kemaluan atau faraj.
Lemak ini biasanya terkumpul di bahagian sebelah dalam pelipat bibir luar dengan bibir dalam faraj. Jika tidak dicuci untuk beberapa hari, ia boleh kelihatan seperti krim.
6. Pengaruh makanan tertentu
Makanan yang mengandung lemak yang tinggi seperti majerin, mayones atau telur jika dimakan dalam jumlah yang banyak dapat menyumbat pori-pori dan menyebabkan bisul/ jerawat pada kemaluan atau faraj.
7. Tindakbalas alergi
Jika bisul/ jerawat tumbuh di kemaluan atau faraj setelah mengambil makanan yang tidak biasa anda makan, mungkin saja jerawat ini merupakan reaksi alergi dari makanan tersebut. Kebanyakan reaksi alergi dikesan dari kulit yang memerah atau meradang, yang mirip dengan jerawat atau bisul. Selain makanan, bahan pencuci pakaian juga boleh menyebabkan terjadi jerawat kemaluan atau faraj, akibat daripada tindakbalas bahan kimia dalam bahan pencuci pakaian yang tidak dibilas dengan bersih.
Tips Pencegahan Timbulnya Jerawat / Bisul kemaluan atau faraj:
  • Jaga kebersihan faraj anda setiap saat.
  • Gunakan seluar dalam yang bahannya menyerap peluh. Hindari seluar dalam dari bahan sutera atau nilon.
  • Ganti seluar dalam 2 kali sehari atau jika seluar dalam basah atau lembab.
  • Untuk menghindari gesekan pada kawasan faraj, kenakan seluar dalam yang lembut di faraj anda.
  • Masa haid, gantilah pad setiap 4 jam sekali, karena pada saat haid bakteria dan kuman berkembang biak aktif terutama di kemaluan yang lembab.
  • Jangan gunakan cairan pembersih kemaluan setiap hari kecuali masa haid. Cukup gunakan 1-2 kali seminggu agar keseimbangan PH semula jadi faraj tidak terganggu.
  • Sebaiknya jangan cukur bulu kemaluan anda tapi potong bulu faraj menggunakan gunting agar tidak tumbuh ke dalam dan rambut tidak terlalu panjang.
  • Hindari makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan yang bisa menimbulkan alergi.
Tips merawatan Bisul/ Jerawat di kemaluan atau faraj:
Hindarkan diri anda dari jerawat faraj / kemaluan dan kemaskinikan faraj anda seperti anda masa remaja dahulu.


 

More from my site

Labels: meraba dan merasa di sekitar faraj tiba-tiba anda terasa ada benjolan kecil seperti jerawat

Thanks for reading Jerawat Di Faraj Atau Kemaluan Wanita. Please share...!

0 Comment for "Jerawat Di Faraj Atau Kemaluan Wanita"

Back To Top