Herba lebih mesra tubuh tanpa bahan kimia sintetik

Powered by Blogger.

Search This Blog

Faraj Berkentut - Kentut Faraj

Masalah kentut faraj atau angin keluar melalui mulut faraj merupakan salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi, lebih-lebih lagi ibu yang lepas bersalin.
Masalah pada mereka yang mengalami kentut faraj ini, khasnya bagi wanita selepas bersalin akan ada rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersetubuh. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Keadaan ini sudah tentu sesuatu yang amat tidak selesa.
Kentut yang keluar dari faraj adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika melakukan solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.
Daripada segi fisiologinya, faraj adalah lubang yang berotot dan berdinding membran sepanjang 5-7inci yang menghubungkan pangkal rahim ke mulut faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot yang mampu mengemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.
Dalam keadaan biasa, lubang faraj berada dalam keadaan tertutup rapat sehingga air pun tidak dapat masuk walau pun semasa faraj berada didalam air ketika anda berndam di kolam atau sungai. Begitu juga ketatnya lubang faraj sehingga angin pun tidak dapat menerobos masuk.
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut faraj berlaku adalah kerana otot-otot kemut di bahagian dinding faraj menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing.
Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin
Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.
Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.
Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.
Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:
  • Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil. Dengan berdehem akan meransang otot faraj menolak keluar angin yang ada didalam. Berdehem juga akan menolak keluar saki baki air kencing sekiranya ada berbaki lagi.
  • Membasuh faraj dengan cermat dan sempurna. Masa membasuh faraj, masukkan jari kedalam lubang faraj bagi membersihkan apa-apa sisa yang ada seperti air mazi atau air mani khususnya selepas anda bersetubuh.
  • Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi lubang faraj dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.
  • Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan semasa menunaikan solat.
  • Ambil wuduk setiap kali ingin solat
Cara Mengurangkan Kentut Vagina
Melakukan Latihan Kemutan Faraj
Latihan kemutan faraj ini dapat menyempitkan lubang faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan lubang faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika anda bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku.
Seperti diketahui, dinding faraj dibina daripada jaringan otot yang boleh anjal seperti mana otot dalam mulut. Dengan latihan menggerakkannya akan mengaktifkan otot tersebut menjadi lebih kenyal dan anjal. Hasilnya anda dapat mengawal otot faraj anda seperti mahu dia menghisap atau melepaskan hisapannya.
Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.
Kaedah Latihan Kemutan Faraj:
  1. Semasa membuang air kecil, buat kemutan menghisap bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
  2. Otot pada lubang faraj dan pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.
  3. Kaedah ini boleh dilakukan setiap masa dan dimana sahaja. Untuk memudahkan, anda imiginasikan zakar suami anda sentiasa ada didalam faraj dan anda lakukan kemutan seberapa kuat dan lama yang boleh. Ulang berkali-kali.
  4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.
  5. Anda boleh menguji keberkesanan kekuatan daya kemutan anda dengan memasukkan jari ke dalam faraj dan kemutlah sekuat-kuatnya. Anda akan dapat mengukur keberkesanannya.
  6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.
Ambil supplement
Kentut faraj ini berlaku juga disebabkan oleh faktor paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini berlaku atas beberapa faktor seperti status kesihatan, perubahan hormon badan, kekerapan bersalin serta kurang prihati kepada penjagaan organ peranakan.
Bagi mengatasi masaalah ini dicadangkan wanita mengambil Jus Delima Bio Emas yang mengandungi aprikot, madu, delima dan kurma.
Kombinasi bahan-bahan ini mampu membaikpulih organ peranakan, mengetatkan lubang faraj, mengembalikan daya kemutan, menstabilkan air mazi supaya tidak terlalu banjir, memberi tenaga yang lebih semasa dan selepas bersetubuh, mengaktifkan kelenjar kelentit, mengembalikan bau faraj yang asal, mengecutkan cyst dan juga mencegah senggugut.
Labels: Masalah kentut faraj atau angin keluar melalui mulut faraj

Thanks for reading Faraj Berkentut - Kentut Faraj. Please share...!

0 Comment for "Faraj Berkentut - Kentut Faraj"

Back To Top