Herba lebih mesra tubuh tanpa bahan kimia sintetik

Powered by Blogger.

Search This Blog

Faraj Saya Rasa Sakit Masa Bersetubuh

Semasa mengadakan hubungan seks dengan suami faraj saya sering sakit. Kesakitan itu berlajutan sehingga selepas melakukan hubungan kelamin. Keadaan ini sudah lama berlaku iaitu sejak kali pertama melakukan persetubuhan singgalah sekarang ini.
Saya perasan faraj saya kering tanpa air mazi seperti sepatutnya. Oleh kerana rasa sakit ini menyebabkan saya tidak dapat merasai nikmat hubungan seks. Di bahagian faraj saya seakan-akan bernanah walaupun saya menggunakan pencuci antibakteria namun ia tidak berkesan.
Selepas bersama suami, faraj saya terasa pedih apabila mahu dicuci atau membuang air kecil. Adakah keadaan ini memudaratkan?
Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, menggembirakan serta menyihatkan badan dan minda.
Pedih apabila terkena air pada faraj lazimnya disebabkan oleh luka. Luka boleh terjadi akibat geseran sewaktu hubungan seks kerana tidak ada air mazi daripada faraj atau zakar yang mencukupi untuk melincirkan dinding faraj.dan ini boleh menyebabkan kuman masuk ke dalam dinding faraj. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, ia memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem faraj anda.
Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan. Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, berdasarkan kajian lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.
Namun demikian, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.
Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan. Betapa tidak jika seorang wanita berjumpa doktor, ia terpaksa menyerahkan farajnya mentah-mentah untuk diselebet oleh doktor, lebih-lebih lagi jika tidak ada doktor perempuan. Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.
Walaubagaimana pun, masih ada jalan lain selain anda menyerahkan faraj anda kepada doktor.
Pertama sekali anda perlu memahami organ reproduksi anda. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj. Ia berada dibahagian atas lubang faraj anda.
Jika anda memasukkan jari kedalam lubang faraj anda, hujung jari anda boleh menyentuh bahagian pangkal rahim ini. Kawasan luaran faraj anda dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar faraj (labium major) dan bibir dalam faraj (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke kelentit.
Delima bio emas rawat buah pinggang
Kedudukan kelentit adalah di bahagian atas bibir-bibir ini yang sifatnya hampir sama dengan zakar lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak serta mengeras apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.
Mengapa Kesakitan Berlaku?
Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Anda akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:
  • Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
  • Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap dibasahi air mazi, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, kelentit mengembang, membengkak, mengeras serta lebih menonjol, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki.
  • Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak.
  • Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta kelentit kembali ke struktur asal.
Jika fasa-fasa di atas tidak berlaku terhadap diri anda, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.
Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil
  1. Kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.
  2. Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.
Kesakitan vulva
    1. Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh
yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang anda gunakan.
  1. Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.
Kesakitan Faraj
  • Kekeringan faraj berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana anda tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku. Apabila anda tidak bersedia untuk bersetubuh atas apa sahaja sebab, air mazi anda dtidak akan merembes keluar di dinding dan mulut faraj anda.
  • Apabila tiada cairan air mazi disekitar mulut dan dinding dalam faraj, tusukan zakar boleh menyebabkan mulut faraj atau tisu dinding faraj anda terkoyak dan luka. Ditambah lagi jika suami anda tidak menghiraukan masaalah anda dengan terus mengganas, maka kesan kecederaan faraj anda menjadi lebih serius.
  • Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj. Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.
  • Anda harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.
Keradangan faraj
Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria
Vaginismus:
Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan zakar yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.
Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru.
Antara penyebab-penyebab vaginismus:
  • Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
    Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
  • Jangkitan vulva dan faraj.
Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan batang zakar suami berada di dalam faraj.
Peranan Emosi
Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis. Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.
Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan. Suami anda sebagai teman hidup anda, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh anda, peka pada kesakitan anda dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.
Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.
Cara mengatasi
Bagi mengatasi masaalah faraj kering disebabkan kurang atau tiada air mazi perlukan tindakan anda secara bersendirian atau dengan kerjasama suami. Anda patut sematkan dalam minda untuk bergembira melakukan persetubuhan supaya mudah rembesan air mazi anda membasahi secukupnya mulut faraj anda bagi melincirkan kemasukan kepala zakar suami anda.
Jika masaalah faraj sukar mengeluarkan rembesan air mazi, ia bersangkut paut dengan ketidakseimbangan hormon anda. Masaalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan minum Jus Delima Bio Emas.
Jus Delima bio Emas bertindak dibahagian reproduksi bagi menseimbangkan hormon wanita. Apabila hormon berada dalam keadaan stabil ia akan melaksanakan fungsi dengan sewajarnya. Ini akan membawa faraj anda akan segera digenangi air mazi sebaik sahaja anda merangsang atau dirangsang untuk bersetubuh.
Sudah tentu apabila faraj anda sudah digenangi dengan air mazi secukupnya, faraj anda tidak akan sakit lagi, tidak akan berlaku kecederaan malah anda akan berasa kenikmatan dan anda akan sentiasa berasa tidak sabar-sabar lagi untuk bersetubuh dengan suami anda.
Jus Delima Bio Emas juga berfungsi:
  • menambahkan tenaga
  • mencegah serta merawat masaalah keputihan
  • mencegah senggugut
  • menggalakkan pengeluaran air mazi
  • mengembalikan bau asal faraj
  • mengecutkan cyst
  • menggalakan pengeluaran susu
  • mencegah mabuk mengandung
  • membekalkan folic asid
  • meningkatkan deria rasa kelentit dan otot faraj
  • menguatkan daya imunisasi badan
  • mencegah sembelit
  • menambahkan keyakinan diri untuk bersetubuh bila-bila masa
Ambillah 2 sudu besar Jus Delima Bio Emas sebelum tidur malam setiap hari boleh menceriakan hubungan seks anda dengan suami sepertimana sepatutnya.
Selamat mencuba Jus Delima Bio Emas dan lembabkan faraj anda. Selamat tinggal kepedihan faraj.
Labels: air mazi, bersetubuh bila-bila masa, faraj kering, Jus Delima Bio Emas lembabkan faraj, meningkatkan deria rasa kelentit

Thanks for reading Faraj Saya Rasa Sakit Masa Bersetubuh. Please share...!

0 Comment for "Faraj Saya Rasa Sakit Masa Bersetubuh"

Back To Top