Masalah Lemah Syahwat Wanita Dan Mati Pucuk Lelaki Pesakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis adalah penyakit kronik yang utama berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia sekarang. Berdasarkan statistik pada tahun 2015, jumlah penduduk Malaysia yang menghidap kencing manis adalah 17.5% iaitu hampir 4.5 juta orang. Kencing manis adalah akibat pengambilan karbohidrat berlebihan seperti makanan proses dan bergula tinggi.
Gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak bersenam, merokok dan stres berlebihan juga menyumbang kepada masalah ini. Pesakit kencing manis selalu mengalami masalah lemah syahwat iaitu masalah tiada nafsu untuk melakukan hubungan seks atau kurang libido dan juga masalah tidak berkemampuan melakukan hubungan seks seperti mati pucuk.
Punca masalah mati pucuk dan kerosakan saraf
Kajian sains terbaru menunjukkan, 60-65% pesakit kencing manis lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar. Ia sangat biasa berlaku dikalangan pesakit kencing manis. Ia nya berpunca dari saluran darah ke zakar menjadi sempit akibat pengerasan saluran darah iaitu atherosklerosis kerana kadar gula dalam darah yang tinggi. Keadaan yang sama berlaku kepada wanita apabila saluran darah ke kelentit menjadi sempit mengakibatkan saraf kelentit tidak mendapat bekalan darah beroksigen.
Kerosakan saraf atau neuropathy akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak (microangiopathy) menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Akibat kerosakan saraf ini maka isyarat dari otak gagal sampai ke zakar atau kelentit yang menyebabkan ianya tidak menegang apabila berlaku stimulasi seksual.
Saluran darah yang menyempit kerana faktor atherosklerosis menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk menegangkan zakar dan mengekalkan ketegangan zakar atau kelentit dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah akibat atherosclerosis ini.
Kebiasaannya, pesakit kencing manis juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menambahkan lagi penyempitan saluran darah. Terdapat juga beberapa jenis ubat darah tinggi yang mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan masalah mati pucuk ini.
Pesakit kencing manis yang tidak mengambil rawatan dengan betul dan mempunyai masalah gula yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kekurangan bahan ‘nitrik oksida’ yang membantu dalam proses menenangkan zakar. Paras gula yang tinggi juga mengurangkan nafsu syahwat atau libido. Mengawal paras gula dengan lebih baik dengan mengikut nasihat doktor maka masalah ini boleh di kurangkan kerana paras gula yang terkawal akan mengembalikan nafsu syahwat tadi.
Terdapat juga pesakit kencing manis menghadapi masalah ‘pancutan berbalik’ (retrograde ejaculation) kerana kerosakan pencerut pada leher pundi kencing. Kerosakan ini berlaku kerana saraf yang mengawal pencerut ini rosak akibat paras gula yang tinggi dalam darah dikalangan pesakit kencing manis. Masalah ini boleh menyebabkan kemandulan dikalangan pesakit kencing manis lelaki.
Gangguan nafsu syahwat lelaki
Kajian juga menunjukkan nafsu syahwat menurun kerana paras hormon testosteron adalah rendah. Ini adalah kerana paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras testosterone menurun. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah perut buncit, otot mengecut dan lemah yang merupakan tanda luaran kekurangan hormon testosteron ini. Menurunkan berat badan, pengawalan gula yang lebih baik dan bersenam dengan lebih kerap akan membantu meningkatkan paras hormon testosteron. Doktor boleh memberikan rawatan hormon gantian testosteron untuk membantu masalah ini dan anda perlu berjumpa doktor untuk membantu anda mendapatkan rawatan ini.
Gangguan nafsu syahwat wanita
Bagi wanita juga akan menghadapi masalah kurang nafsu syahwat apabila mengidap penyakit kencing manis akibat gangguan hormon. Pesakit kencing manis wanita akan menghadapi masalah kekeringan faraj, sakit semasa bersetubuh, susah mencapai orgasma dan tidak bernafsu jika paras gula tinggi dan tidak terkawal. Masalah kekeringan faraj adalah kerana pengaliran darah yang tidak lancar ke faraj akibat penyempitan saluran darah iaitu masalah atherosklerosis.
Bagi wanita yang menghadapi masalah kekeringan faraj boleh menggunakan gel pelincir (tetapi berapa lama anda boleh bertahan dengan sentiasa menggunakan pelincir?). Rawatan dengan krim estrogen atau pessari boleh diberikan oleh doktor. Wanita yang menghadapi masalah sakit semasa bersetubuh mungkin adalah kerana jangkitan kulat candida pada faraj dan rawatan anti kulat akan membantu dalam masalah ini.
Rawatan untuk masalah mati pucuk
Rawatan dengan ubat-ubatan boleh diberi oleh doktor dengan ubat seperti sildenafil, taladafil dan vardenafil telah membantu mengatasi masalah mati pucuk dikalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis yang mengalami masalah kurang hormon testosteron boleh mendapatkan rawatan hormon gantian dengan doktor. Secara umumnya, pesakit diabetes akan mengalami masalah hormon testosteron yang rendah apabila paras glukosa yang tidak dikawal dengan baik. Disamping itu paras hormon insulin yang tinggi di kalangan pesakit diabetes juga menyebabkan penurunan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran (GH). Ianya perlu dirawat oleh doktor.
Mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat dengan bersenam dan meninggalkan tabiat buruk seperti merokok boleh membantu mengurangkan masalah mati pucuk dikalangan pesakit kencing manis.
Pesakit kencing manis wanita yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal akan hilang nafsu seks kerana paras gula yang turun naik akan mengakibatkan rasa lesu dan tidak bermaya dan bila suami mahu mengadakan hubungan seks, wanita menerimanya dengan hambar.
Pengawalan gula yang lebih stabil akan mengembalikan nafsu syahwat ke paras yang normal. Kawalan paras glukosa adalah dengan mengawal makanan yang diambil dan berhenti mengambil GULA dan karbohidrat proses. Insyaallah

Labels:
Gangguan syahwat lelaki,
Gangguan syahwat wanita,
Jus Delima Bio Emas mengawal paras gula dalam darah
Thanks for reading Masalah Lemah Syahwat Wanita Dan Mati Pucuk Lelaki Di Kalangan Pesakit Kencing Manis. Please share...!
0 Comment for "Masalah Lemah Syahwat Wanita Dan Mati Pucuk Lelaki Di Kalangan Pesakit Kencing Manis"