Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanyak 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).
Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).
Sembelit ibu lepas bersalin
Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.

Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.
- Jumlah progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
- Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran.
- Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
- Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
- Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
- Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
- Mendapat jahitan pada luka.
Ketakutan ibu untuk membuang air besar selepas bersalin membuatkan mereka sanggup menahan diri. Sebenarnya ketakutan tersebut tidak berasas.
Bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ia disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran. Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.
Bahkan perasaan takut hanya menyebabkan ibu rasa lebih tidak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot sedangkan apa yang paling diperlukan adalah otot mengendur.
Hakikatnya ibu tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika tidak ke tandas sebab sembelit akan melonggarkan lantai pelvis anda.
Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.
Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.
Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.
Sembelit Dikalangan Bayi
Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari.
Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari.
Kebanyakkan sembelit yang berlaku di kalangan bayi tidak ada punca – punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri. Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility) bayi biasa kalau dibandingkan dengan bayi yang selalu sembelit.
Bahan air dalam tali perut lebih banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis menjadi keras.
Bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya.
Bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya.
Dari itu bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan menukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi mendapat sembelit.
Bahan–bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur–sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis. Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi itu.
Kadangkala ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen. Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat–kuatnya. Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana bayi itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya.
Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana bayi itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak – kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.
Seseorang bayi yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan merasa susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

Rawatan untuk bayi yang sembelit
Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.
Bayi-bayi yang sembelit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan. Setelah seseorang bayi mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya. Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar. Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan.
Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif.
Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.
Sembelit dikalangan bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan.Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.
Sembelit Dikalangan Kanak-Kanak
Masalah sembelit terjadi dikalangan kanak-kanak kerana:
1. Kurang minum air putih dalam sehari
2. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat
3. Menempuh perjalanan yang jauh
4. Pola pemakanan yang tidak sihat tinggi lemak dan karbohidrat

Sembelit Dikalangan Dewasa
Sembelit boleh disebabkan pemakanan yang kurang baik, tabiat usus yang tidak baik atau masalah dalam pembuangan najis, sama ada secara fizikal, berfungsi, atau sukarela.
Sembelit boleh disebabkan pemakanan yang kurang baik, tabiat usus yang tidak baik atau masalah dalam pembuangan najis, sama ada secara fizikal, berfungsi, atau sukarela.
Berikut adalah penyebab-penyebab biasa sembelit :
1. Pemakanan yang kurang baik
Memakan makanan kaya dengan lemak haiwan (produk tenusu, daging, dan telur) atau gula halus tetapi rendah dalam serat (bijirin sepenuhnya, buah-buahan dan sayuran).
2. Pengambilan cecair tidak mencukupi
Tidak meminum air secukupnya boleh membawa kepada najis yang keras dan kering. Cecair diserap dalam usus dan mereka yang tidak minum air secukupnya tidak melepaskan air secukupnya pula ke dalam usus besar bagi memastikan najis lembut.

3. Kopi Dan Alkohol
Pengambilan kedua-dua bahan ini mencetuskan peningkatan untuk kencing. Keadaan ini membawa kepada dehidrasi yang meningkatkan penyerapan air daripada usus. Keadaan ini boleh membawa kepada sembelit apabila tidak terdapat cecair disimpan dengan secukupnya dalam najis.

4. Tabiat Usus Yang Tidak Baik
Tidak menghiraukan keinginan untuk mengalami pergerakan usus boleh memulakan kitaran untuk sembelit. Selepas satu jangka tertentu, anda mungkin tidak mempunyai perasaan untuk menggerakkan usus. Keadaan ini boleh membawa kepada sembelit yang semakin teruk. Sebagai contoh, anda mungkin mengelak untuk ke tandas kerana terlalu sibuk.

5. Ubatan
Banyak ubat-ubatan boleh menyebab kan sembelit. Ini termasuklah antasid yang mengandungi aluminium hydroxide, ubat antispasma, ubat anti kemuru ngan, tablet besi, ubat antikonvulsi, diuretik dan ubat penahan sakit.

6. Mengembara
Perubahan dalam gaya hidup, pengambilan cecair yang rendah, dan memakan makanan segera boleh menyebabkan sembelit.
Perubahan dalam gaya hidup, pengambilan cecair yang rendah, dan memakan makanan segera boleh menyebabkan sembelit.
7. Sindrom Usus Rengsa (IBS)
Disebabkan perubahan dalam fungsi usus, jika seseorang mengalami masalah ini, mereka boleh mengalami sakit perut, angin berlebihan, kembung dan sembelit. Kadangkala cirit-birit juga boleh berlaku.
Disebabkan perubahan dalam fungsi usus, jika seseorang mengalami masalah ini, mereka boleh mengalami sakit perut, angin berlebihan, kembung dan sembelit. Kadangkala cirit-birit juga boleh berlaku.
8. Penyalahgunaan Laksatif Atau Julap
Tabiat menggunakan laksatif secara perlahan-lahan akan menghasilkan kecenderungan kepadanya.
Tabiat menggunakan laksatif secara perlahan-lahan akan menghasilkan kecenderungan kepadanya.
9. Kehamilan
Sembelit semasa kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Setiap satu daripada keadaan yang disebut ini menghasilkan kesakitan teruk semasa pembuangan air besar. Keadaan ini mencetuskan pengecutan pada otot sfinkter anal (dubur). Pengecutan ini boleh menangguhkan pergerakan usus dan mengurangkan keinginan usus untuk terbuka bagi mengelakkan kesakitan dubur.

- Tekanan mekanikal pada usus oleh rahim yang berat.
- Perubahan hormon semasa hamil.
- Perubahan dalam pengambilan makanan dan cecair.
- Fisur dubur (kerekahan dalam dubur)
- Buasir menyakitkan.
- Penyempitan dubur.
10. Usus Terhalang
Pemampatan mekanikal dan gangguan terhadap fungsi usus yang normal boleh berlaku dalam beberapa cara berikut :
- Perparutan pada usus daripada keradangan berikutan dengan penyakit seperti diverticulitis atau penyakit Crohn.
- Keradangan pelekatan dan penyambungan tisu-tisu.
- Kanser usus.
- Hernia abdomen, usus berbilang menjadi tersekat.
- Batu empedu yang tersepit dan tidak dapat digerakkan dalam usus.
- Pemusingan usus sesama sendiri (volvulus).
- Kemasukan ke dalam usus melalui anus.
- Pelekatan selepas pembedahan boleh menghalang usus kecil dan menyebabkan ketidakbolehan untuk membuang angin atau menggerakkan usus, tetapi ia jarang menghalang usus besar.
11. Masalah-masalah mekanikal pada dubur dan rektum yang melibatkan rektum terkeluar dari anus atau masuk ke dalam vagina.
12. Kerosakan saraf di antara usus
13. Penyakit tisu penghubung seperti scleroderma dan lupus.
14. Kelenjar tiroid yang tidak berfungsi dengan baik.
15. Keracunan plumbum dan penyakit metabolik.
16. Usia iaitu orang dewasa yang tua lebih mudah untuk mendapat sembelit.
Jus Delima Bio Emas dan Sembelit
Sepertimana yang dinyatakan diatas, sebab utama sembelit ialah kerana najis menjadi keras yang menyebabkan ia sukar bergerak di dalam usus akibat kekurangan air dan serat.
Di dalam Jus Delima Bio Emas terdapat bahan yang bernama Manna atau Gam Arabic atau juga disebut sebagai Gam Akasia. Bahan ini merupakan probiotik iaitu agen pembiak bakteria baik dalam badan manusia.

Peranan bakteria baik ini ialah membantu proses penghazaman makanan di dalam usus serta melembutkan najis dimana bila najis menjadi lembut akan memudahkan pergerakannya didalam usus. Selain itu Manna mengandungi khasiat yang amat baik untuk kesihatan. Info lanjut mengenai Manna boleh baca di sini..>>
Jus Delima Bio Emas juga mengandungi buah kurma. Kurma kaya dengan serat dimana serat berperanan menyerap air didalam usus untuk melembutkan najis. Selain berperanan melancarkan sistem perkumuhan (buang air besar), kurma mengandungi sangat banyak khasiat untuk kesihatan badan. Bacalah mengenai khasiat kurma di sini…>>
Anda mungkin berminat mengenai:
Labels:
Jus Delima Bio Emas Merawat Sembelit
Thanks for reading Hahaha Sembelit Dengan Jus Delima Bio Emas. Please share...!
1 Comment for "Hahaha Sembelit Dengan Jus Delima Bio Emas"
JCB-licensed gambling | JCM Hub
JCB-licensed gambling JCB-licensed gambling 양산 출장안마 sites 당진 출장마사지 JCB-licensed 청주 출장안마 gambling sites, as well as the online betting market, 사천 출장샵 were established in 2008. 안성 출장마사지